Powered By Blogger

youthofnature.blogspot.com

email: youthofnature@yahoo.com f/book: youthofnature YON

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum,
Salam persahabatan yang bagi aku tak pernah lekang dan tak akan lekang hingga akhir hayat. Aku benar terharu atas usaha ini dengan membentuk blog sendiri bagi menjadi persahabatan kita yang dibentuk 15 tahun yang lalu terus kukuh.
Perjalanan kita merentas gunung, sungai, tasik, pulau merupakan perjalanan fizikal yang mungkin semua manusia yang sihat dapat menikmatinya, tetapi perjalanan yang kita lalui bersam dulu adalah dengan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang hingga kita teguh.
Usia yang kian meningkat menjadikan kita semakin matang...dan mungkin kita dah hilang daya untuk merentas alam seperti dulu.Kita sudah membentuk ganerasi dan membentuk adat kita sendiri dalam tempoh merentas alam dulu..
Setinggi dedikasi aku khaskan untuk Ucin yang mengilhamkan Youth of Nature dan tinggalkan untuk kita..Walaupun idiologi dalam bertemu alam antara kita dengannya tidak sekata tetapi ilmu dan pengalamannya aku salute dan dia tinggalkan Shamsul(Abuya), Sabari(sabz), Boy, Ku, Ita,Ina,Ani,Dina dan Alahyarham Arif untuk aku dakap.
Selama 15 tahun aku dakap kalian..aku dakap dengan perasaan, dengan hati aku, dengan jiwa aku dan sekalipun aku tak pernah lepaskan.
Kehadiran Lazim dan Rahmah serta Bote menambahkan lagi rencah dalam perjalanan kita. Rencah inilah yang menjadikan YON agak berlainan sedikit dari kumpulan ALAM yang lain.
Tak lupa juga aku ahli yang menarik diri dan hanya seketika dengan kita..seperti Su, Musyitoh, One dan Miza semuanya memberi kenangan, pengalaman yang indah-indah belaka.
Dengan penuh rendah diri seadanya aku menjemput kalian menyertai blog ini untuk menulis atau berkongsi pengalaman untuk kita memberi ilmu dan pengalaman kepada golongan muda yang berminat dalam aktiviti alam semulajadi ini.
Mungkin tempat yang pernah kita jelajahi dulu masih belum diterokai oleh golongan muda. Contohnya macam Gunung Bekok di Johor. atau Gunung Arong yang penuh santai. Mungkin kita boleh buka balik trip perjalanan, kos, kaedah penjimatan dan adab dalam hutan, tayamum, petua dan sebagainya.
Ayuh..kawan-kawan...walaupun kita dah tak daya mendaki walau busut anai-anai, mari kita membantu mereka yang memerlukan bantuan...sekian
akhir kata al-fatihah untuk saudara Tuan Arif semoga rohnya dicucuri rahmat olehnya.

1 comment: