Powered By Blogger

youthofnature.blogspot.com

email: youthofnature@yahoo.com f/book: youthofnature YON

Tuesday, December 22, 2009

Lagi Ceghita Pasai... 21/12!

Petikan dari: Laman facebook youthofnature YON.




Rosni A Hamid
paperlahhhhh.......tp makku...ko memang bestttt....
6 hours ago



Ku Ahmisuhaiti
ko ni seni....:-)memang kuat gila memory abah...siap dgn tau plak kita blum dapat loan ha4.. ? jadi tarikh memang betul lah ye..bukan rekaan ?hmm, betul-betl 21/12...macam cermin plak...... See Moreapa kata buat satu entry...memory penubhan YON..mungkin abah bleh ingat tempat, blik siapa, masa...abah maybe bleh tlg kot....
6 hours ago




Sabari Atan Chik
kekdg 2 kan che' ku, masa mencipta sejarah untuk manusia. kekdg plak...manusia mereka cipta masa @ tarikh untuk apa2 tujan punlah kat dunia ni. ntah apa2 aku ckp pun aku dh naik x paham lah Ku...
2 hours ago · Delete


Ku Ahmisuhaiti
tah nyer..aku pun pening..kalau ko, abuya, man dapat berkata-kata..mesti hampa karangan spm dulu superb....:-)
33 minutes ago




Azman Abu Hassan
SPM : Matematik dan B. Inggeris - gagal...STPM sejarah saja A...
8 minutes ago

21/12 Punya Ceghita!!





Ku Ahmisuhaiti Youthofnature Yon sat...sat...21 dec ni birthday sab ke birthday penubuhan YON....anyway, happy belated birthday ye..:-)
2 hours ago · Comment ·LikeUnlike · See Wall-to-Wall



Azman Abu Hassan
kami birthday hari-hari Ku....
about an hour ago



Sabari Atan Chik
Buat Che Ku & members YON yg belum diberitahu lg, tarikh 21/12 tu benornya tarikh yg cuba diangkat sbg tarikh lahir YON. Citernya gni Ku, (kena ler tulih pepanjang sket ni kalu nk ceghita ni yek)...
33 minutes ago · Delete




Sabari Atan Chik
Masa aku ngan abah nk ceate fbook tuk YON, kami kena back 2 the future semula di thn 1994 masa kita seme dok ada kat UUM dulu. Nk cari tarikh sebenar penubuhan YONlah kiranya. Abah kata di masa itu, kita di semester 2 di bln posa & kita masa tu lom dpt loan lg. Yg aku heran, kuat betoi memori tua si abah ni ingat lg peristiwa kita lom dpt loan lg masa tu??? Pelik kan??
29 minutes ago · Delete


Sabari Atan Chik
Masa tu (1994/UUM), aku, abah, ucin & arwah ariff brcdg nk buat xpdc & tubuh kelab xpdc tuk tujuan gi xpdc jugaklah. So, lahirlah YON pd tarikh tu yg mungkin juga tarikh yg dipilih oleh abah nilah 21/12/1994. Aku mulanya setuju jek bila abah suggest tarikh 21/12 ni sbb nk register fbook YON cepat2.


Sabari Atan Chik
Sbb tak sabo nak tengok YON wujud dlm fbook ni. Tapi bila diamati balik tarikh 21/12 ni cam ada magik plak kat tarikh ni. Cam kita tengok bayang @ wajah kita kat cermin. Ntahlah, mgkn aku sorang jek yang 'perasan' kot? Korang tengok lerr sendiri!! Apapun, EPPY BDAY TO YOUTHOFNATURE YON @ RENTAS!!!
Petikan dari: Laman facebook youthofnature YON
























Go!Go! YouthofNature!!
GOOOOO!!!!
Eppy Birthday Bro!!
21/12/1994 - 21/12/2009

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum,
Salam persahabatan yang bagi aku tak pernah lekang dan tak akan lekang hingga akhir hayat. Aku benar terharu atas usaha ini dengan membentuk blog sendiri bagi menjadi persahabatan kita yang dibentuk 15 tahun yang lalu terus kukuh.
Perjalanan kita merentas gunung, sungai, tasik, pulau merupakan perjalanan fizikal yang mungkin semua manusia yang sihat dapat menikmatinya, tetapi perjalanan yang kita lalui bersam dulu adalah dengan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang hingga kita teguh.
Usia yang kian meningkat menjadikan kita semakin matang...dan mungkin kita dah hilang daya untuk merentas alam seperti dulu.Kita sudah membentuk ganerasi dan membentuk adat kita sendiri dalam tempoh merentas alam dulu..
Setinggi dedikasi aku khaskan untuk Ucin yang mengilhamkan Youth of Nature dan tinggalkan untuk kita..Walaupun idiologi dalam bertemu alam antara kita dengannya tidak sekata tetapi ilmu dan pengalamannya aku salute dan dia tinggalkan Shamsul(Abuya), Sabari(sabz), Boy, Ku, Ita,Ina,Ani,Dina dan Alahyarham Arif untuk aku dakap.
Selama 15 tahun aku dakap kalian..aku dakap dengan perasaan, dengan hati aku, dengan jiwa aku dan sekalipun aku tak pernah lepaskan.
Kehadiran Lazim dan Rahmah serta Bote menambahkan lagi rencah dalam perjalanan kita. Rencah inilah yang menjadikan YON agak berlainan sedikit dari kumpulan ALAM yang lain.
Tak lupa juga aku ahli yang menarik diri dan hanya seketika dengan kita..seperti Su, Musyitoh, One dan Miza semuanya memberi kenangan, pengalaman yang indah-indah belaka.
Dengan penuh rendah diri seadanya aku menjemput kalian menyertai blog ini untuk menulis atau berkongsi pengalaman untuk kita memberi ilmu dan pengalaman kepada golongan muda yang berminat dalam aktiviti alam semulajadi ini.
Mungkin tempat yang pernah kita jelajahi dulu masih belum diterokai oleh golongan muda. Contohnya macam Gunung Bekok di Johor. atau Gunung Arong yang penuh santai. Mungkin kita boleh buka balik trip perjalanan, kos, kaedah penjimatan dan adab dalam hutan, tayamum, petua dan sebagainya.
Ayuh..kawan-kawan...walaupun kita dah tak daya mendaki walau busut anai-anai, mari kita membantu mereka yang memerlukan bantuan...sekian
akhir kata al-fatihah untuk saudara Tuan Arif semoga rohnya dicucuri rahmat olehnya.
Hi Geng, Pengembaraan Kini Bermula!!! Nak Bagitau Korang Seme Ni. Sekarang Kita Dah Ada Laman Blog Ni YON. Tapi Blog Ni Still Under Construction. Lepas Ni Boleh Ler Kita Sembang2, Bagi Pendapat, Kongsi Cerita Terbaru @ Nak Himbau Kenangan Silam Ke. Atau Berkongsi Gambar Kenangan Atau Foto2 Terbaru Korang Atau Apa2 Jelah yang Nak Dikongsi Bersama Yek.

Buat Kengkawan Yang Nak Masukkan Gambar, Cerita @ Apa2 Jelah Dalam Laman Blog YON, Boleh Dapat Access Code Dari Abah, Ina @ Sabz. Kalu Ada Sesapa Plak Yg Advance Boleh Edit & Update Laman Blog Kita Nih, Tolong2 Ler Yek Buat Bg Cun Kita Nyer Blog ni